Monday 15 April 2013

Pertandingan SURIhatiku Comel


TERMA & SYARAT

1) Terbuka kepada anak-anak tuan/ puan yang berusia 7 tahun dan ke bawah pada tahun 2013

2) Tuan/ puan hanya perlu "LIKE" page LittleSuri. (Kegagalan akan menyebabkan penyertaan tuan/ puan dibatalkan/ ditolak)

3) Seorang anak layak untuk satu penyertaan sahaja. (Tuan/ puan boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan untuk anak-anak tuan/ puan yang lain tetapi hanya layak memenangi satu hadiah sahaja)

4) Hantarkan gambar anak tuan/ puan bersama butiran di bawah melalui PM ke FB Page LittleSuri (fb.com/littlesuri2012) atau e-mail littlesuri2012@gmail.com

a) Nama FB tuan/ puan :
b) Nama penuh anak :
c) Nama panggilan anak :
d) Tarikh lahir anak :
e) Lokasi tuan/ puan (daerah & negeri):
f) E-mail & no. telefon tuan/ puan :
g) Saya membenarkan gambar ini di review oleh modelling agency: Ya/ Tidak
*(Hanya butiran [a-e] yang akan dikongsikan di wall FB Page LittleSuri. Butiran [f-g] tidak sama sekali akan didedahkan oleh pihak LittleSuri)

5) Pemenang akan dikira daripada jumlah "LIKE" pada foto anak tuan/ puan

6) Penggunaan software yang melanggar etika peraduan boleh menyebabkan penyertaan terbatal

TIPS UNTUK MENINGKATKAN PELUANG ANAK TUAN/ PUAN MEMENANGI PERTANDINGAN

Tuan/ puan boleh menjalankan kempen kepada semua rakan FB tuan/ puan dengan:

1) Tag mereka pada foto pertandingan anak tuan/ puan

2) Share foto pertandingan di wall FB tuan/ puan dan ajak kawan-kawan “LIKE” (lebih kerap tuan/ puan share lebih tinggi peluang untuk anak tuan/ puan menang)

3) PM URL foto anak tuan/ puan ke inbox rakan-rakan FB tuan/ puan

4) Tuan/ puan adalah bebas untuk menggunakan sebarang kreativiti untuk meninggikan undian foto anak tuan/ puan selama mana ia tidak melanggar etika pertandingan

HADIAH

1) Tempat pertama X 1 : Baucar LittleSuri bernilai RM150

2) Tempat ke-2 X 1 : Baucar LittleSuri bernilai RM75

3) Saguhati X 1 : Baucar LittleSuri bernilai RM50

TEMPOH PERADUAN ADALAH SELAMA SEBULAN, BERMULA DARIPADA 16 MAC 2013 (SABTU) - 15 APRIL 2013 (ISNIN)

Cepat, serlahkan kecomelan SURIdihati tuan/ puan!

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN “SURIhatiku COMEL”

https://www.facebook.com/littlesuri2012

Thursday 4 April 2013

Pertandingan SURIhatiku comel - #PSC0045


#PSC0045

Nama fb ibu: Nadiera Rosli 
Nama penuh anak: Armand Naufal bin Abu Huzaifah
Nama panggilan: Armand
Tarikh lahir: 5 Ogos 2012
Lokasi: Kuala Lumpur

Pertandingan SURIhatiku comel - #PSC0044


#PSC0044

Nama fb ibu: Tinie Jatt
Nama penuh anak: Zhairul Nizar Hafimi bin Rimizar
Nama panggilan: Zhairul @ Adik
Tarikh lahir: 19 Julai 2012
Lokasi: Pulau Pinang


Pertandingan SURIhatiku comel - #PSC0043


#PSC0043

Nama fb ibu: Cik Ara
Nama penuh anak: Muhammad Aniq Al-Kauthar bin Abdul Jalil
Nama panggilan: Aniq/ Kauthar
Tarikh lahir: 12 September 2012
Lokasi: Selangor


Monday 25 March 2013

Cuti Sekolah Datang Lagi! (Siri 1)



Cuti-cuti sekolah ni takkan nak biarkan anak asyik menonton televisyen dan main tablet di rumah je kan? LittleSuri ingin berkongsi tempat untuk dilawati dan aktiviti yang sesuai untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak tuan puan ;)

1. Pantai

Satu pilihan yang pastinya menyeronokkan, ditambah pula dengan aktiviti membina istana pasir, bermain Frisbees atau bola pantai sekeluarga. Tapi faktor keselamatan anak jangan pula diambil ringan semasa mandi laut dan bermain di pantai.

2. Taman Tema

Terdapat beberapa taman tema di Malaysia yang tuan puan boleh lawati yang menawarkan keseronokan kepada tuan puan sekeluarga. Legoland, Genting Highlands, Sunway Lagoon, I-City, Bukit Merah Laketown Resort, Lost World of Tambun, Bukit Gambang Resort City, A Famosa Resort, Escape Penang adalah di antara taman tema yang boleh tuan puan sekeluarga lawati di seluruh negara. Kebanyakan taman tema tersebut menyediakan pelbagai ‘rides’ yang mesra keluarga sehinggalah kepada yang mencabar.

3. Sukan

'Sebagai peserta'

Aturkan aktiviti sukan seperti futsal, boling dan sebagainya bersama rakan-rakan atau sepupu anak-anak tuan puan. Di samping mengisi masa lapang, aktiviti sukan juga menyihatkan badan, mengeratkan hubungan dan membina sahsiah anak-anak secara tidak langsung.

'Sebagai penonton'

Banyak pertandingan sukan yang berlangsung sepanjang tahun. Tuan puan mungkin boleh mengambil kesempatan di cuti sekolah ini untuk membawa anak-anak menyaksikan acara sukan seperti F1, perlawanan bola sepak Liga Super dan sebagainya. Hadir sendiri di stadium pastinya memberikan pengalaman yang berbeza kepada anak tuan puan berbanding menyaksikan acara sukan di televisyen.


4. Menonton Wayang

Sesekali menonton wayang dan berkongsi popcorn sekeluarga pastinya menyeronokkan. Menonton filem juga boleh membantu anak-anak tuan puan untuk berfikir dan menjana minda kritis mereka tentang perjalanan jalan cerita sesebuah filem. Antara filem yang boleh ditonton bersama anak-anak tuan puan semasa cuti sekolah ini adalah Bola Kampung The Movie dan The Croods.

5. Kembali ke Alam Sekitar

Membawa anak-anak ke kawasan hijau dan menenangkan seperti air terjun, tasik, sungai, flora dan fauna, hidupan liar dan sebagainyaadalah satu cara yang hebat untuk mengajar anak-anak kita untuk menghargai dan memahami kepentingan memelihara sumber semula jadi kita. Sekiranya tuan puan risaukan keselamatan anak ataupun tidak mempunyai masa yang banyak, lawatan ke taman-taman seperti KL Bird Park, Penang Butterfly Farm, Sepilok Orang Utan Sanctuary sudah cukup untuk membuatkan anak-anak tuan puan gembira dan memperolehi pengetahuan dan pengalaman yang berharga.

Selamat beriang ria di cuti sekolah ;)

Thursday 21 March 2013

Pertandingan SURIhatiku Comel - #PSC0042


#PSC0042

Nama fb ibu: Rasidah Mawahid
Nama penuh anak: Muhammad Irfan Habibullah Azman
Nama panggilan: Habie
Tarikh lahir anak: 27 Jun 2006
Lokasi: Negeri Sembilan

SPM 2012.. Don't Worry Be Happy ;)



Kepada semua adik-adik calon peperiksaan SPM 2012, ibu2, ayah2, abang2, kakak2 kepada calon, LittleSuri sentiasa doakan yang terbaik untuk semua; amin. Walau apapun keputusannya nanti, sentiasalah bersyukur kepada-Nya & percayalah pasti ada hikmahnya in shaa Allah ♥