Wednesday 13 March 2013

LittleSuri Little Tips: 10 Tips Melatih Anak Bercakap




Untuk tuan puan yang sedang dalam fasa melatih anak tuan puan bercakap, LittleSuri nak berkongsi 10 tips ringkas yang boleh dipraktikkan ;)
  1. Tuan puan perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap
  2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila tuan puan mahu menerangkan sesuatu kepada anak tuan puan, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak tuan puan berpeluang memberi maklum atau tindak balas
  3. Mimik muka tuan puan semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat
  4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak
  5. Dedahkan anak-anak tuan puan kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini tuan puan memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali
  6. Tuan puan mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, tuan puan mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang dirasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak tuan puan
  7. Selalu bercerita kepadanya
  8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap
  9. Andainya anak-anak sudah mula boleh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut "nak", tanyakan kembali "Sara nak apa? Nak susu? Nak mainan?". Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali "Sara nak main bola?". Jadikan ianya suatu kebiasaan.
  10. Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan tuan puan kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan


No comments:

Post a Comment