Monday 25 March 2013

Cuti Sekolah Datang Lagi! (Siri 1)



Cuti-cuti sekolah ni takkan nak biarkan anak asyik menonton televisyen dan main tablet di rumah je kan? LittleSuri ingin berkongsi tempat untuk dilawati dan aktiviti yang sesuai untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak tuan puan ;)

1. Pantai

Satu pilihan yang pastinya menyeronokkan, ditambah pula dengan aktiviti membina istana pasir, bermain Frisbees atau bola pantai sekeluarga. Tapi faktor keselamatan anak jangan pula diambil ringan semasa mandi laut dan bermain di pantai.

2. Taman Tema

Terdapat beberapa taman tema di Malaysia yang tuan puan boleh lawati yang menawarkan keseronokan kepada tuan puan sekeluarga. Legoland, Genting Highlands, Sunway Lagoon, I-City, Bukit Merah Laketown Resort, Lost World of Tambun, Bukit Gambang Resort City, A Famosa Resort, Escape Penang adalah di antara taman tema yang boleh tuan puan sekeluarga lawati di seluruh negara. Kebanyakan taman tema tersebut menyediakan pelbagai ‘rides’ yang mesra keluarga sehinggalah kepada yang mencabar.

3. Sukan

'Sebagai peserta'

Aturkan aktiviti sukan seperti futsal, boling dan sebagainya bersama rakan-rakan atau sepupu anak-anak tuan puan. Di samping mengisi masa lapang, aktiviti sukan juga menyihatkan badan, mengeratkan hubungan dan membina sahsiah anak-anak secara tidak langsung.

'Sebagai penonton'

Banyak pertandingan sukan yang berlangsung sepanjang tahun. Tuan puan mungkin boleh mengambil kesempatan di cuti sekolah ini untuk membawa anak-anak menyaksikan acara sukan seperti F1, perlawanan bola sepak Liga Super dan sebagainya. Hadir sendiri di stadium pastinya memberikan pengalaman yang berbeza kepada anak tuan puan berbanding menyaksikan acara sukan di televisyen.


4. Menonton Wayang

Sesekali menonton wayang dan berkongsi popcorn sekeluarga pastinya menyeronokkan. Menonton filem juga boleh membantu anak-anak tuan puan untuk berfikir dan menjana minda kritis mereka tentang perjalanan jalan cerita sesebuah filem. Antara filem yang boleh ditonton bersama anak-anak tuan puan semasa cuti sekolah ini adalah Bola Kampung The Movie dan The Croods.

5. Kembali ke Alam Sekitar

Membawa anak-anak ke kawasan hijau dan menenangkan seperti air terjun, tasik, sungai, flora dan fauna, hidupan liar dan sebagainyaadalah satu cara yang hebat untuk mengajar anak-anak kita untuk menghargai dan memahami kepentingan memelihara sumber semula jadi kita. Sekiranya tuan puan risaukan keselamatan anak ataupun tidak mempunyai masa yang banyak, lawatan ke taman-taman seperti KL Bird Park, Penang Butterfly Farm, Sepilok Orang Utan Sanctuary sudah cukup untuk membuatkan anak-anak tuan puan gembira dan memperolehi pengetahuan dan pengalaman yang berharga.

Selamat beriang ria di cuti sekolah ;)

No comments:

Post a Comment